
Modul Latihan Stesyen adalah hasil usaha ahli PERSISMA yang merupakan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Opsyen Matematik Semester 7 dan Semester 5 yang mengumpulkan soalan-soalan latihan hasil sumbang saran guru-guru berpengalaman di sekolah. Selain itu, modul ini juga adalah hasil pengumpulan daripada soalan-soalan OTI Negeri Terengganu serta soalan UPSR sebenar. Para Pensyarah Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato' Razali Ismail turut menjadi badan penasihat dalam pengumpulan soalan dan penghasilan modul ini.

Soalan-soalan yang dikumpulkan ini digabungkan di dalam sebuah modul yang digunakan semasa Kem Kecemerlangan Matematik UPSR 2011 yang telah diadakan di IPG Kampus Dato' Razali Ismail pada 14 hingga 16 April 2011 yang lalu. Dalam kem tersebut, seramai 160 orang peserta yang merupakan calon UPSR daripada enam buah sekolah, iaitu lima buah sekolah dari kawasan Kuala Terengganu - SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu, SK Batu Rakit, SK Tanjung Gelam, SK Tok Jembal, SK Kampung Gemuruh dan sebuah sekolah daripada Kuala Berang - SK Bukit Gemuruh.
Namun, PERSISMA ingin memulakan usaha murni dengan mengedarkan modul-modul ini bagi kegunaan sekolah-sekolah lain yang tidak terlibat di dalam kem tersebut. Ini bertujuan bagi memanfaatkan bahan yang ada demi kebaikan bersama. Selain itu, menjadi hasrat PERSISMA membantu komuniti guru di sekitar IPG bagi melonjakkan pretasi pendidikan khususnya Matematik.
Sebagai langkah permulaan, modul latihan stesyen ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang PERSISMA dan boleh dicetak mengikut keperluan. Untuk memuat turun modul latihan stesyen Kem Kecemerlangan Matematik UPSR 2011, sila klik pada logo di bawah.
